Hari ni admin nak bagi review sikit dekat video muzik terbaru boygroup SNOW MAN yang diupload dekat channel youtube rasmi diorang pada minggu lepas. Lambat sikit nak bagi review tapi takpe la! Admin bukan pilih video terbaru untuk dibuat review, tapi video-video terbaik yang admin rasa boleh menarik minat sesiapa pon untuk menontonnya..camtu, hehe Jadi pilih admin pilih video muzik ni sebab ianya dari boygroup yang memang popular di Jepun, iaitu SNOW MAN. Jumlah view pon 5 juta dalam masa seminggu, jadi memang wajib buat review la! haha Okay! ada 3 yang best tentang video muzik ni. Yang pertama ialah camera work yang best! Ada long-shot, close-shot, slo-mo...eh terasa seolah-olah kita berada dekat barisan paling hadapan pulak masa diorang dok gelek-gelek tu..ececece Yang kedua ialah lokasi shooting yang menarik! Untuk pengetahuan korang, video ni dirakam semasa di Thailand. Jadi memang direktor nak tunjuk la kot keindahan dan keunikan keadaan sekeliling dalam video tu. Jadi korang boleh nampak pelbagai pemandangan, dari tapak bangunan terus ke pemandangan yang boleh dilihat dari dalam bangunan pada waktu siang dan malam. Memang cantik la shot dia. sekali lagi, camera work yang best! Yang ketiga pula ialah tarian yang hebat. SNOW MAN memang dikenali sebagai boygroup dari syarikat Johnny dengan gerak tari yang tajam. Jadi itu pon menjadikan video muzik ni menarik untuk ditonton! Admin bagi 4 dari 5 bintang! Puas hati juga dengan kualiti video muzik ni hehe. Cubalah tonton!
0 Comments
Lagu debut bagi boygroup BE:FIRST yang dihasilkan dari rancangan realiti tv THE FIRST! Boleh streaming lagu ni dekat platform sini! 👉 https://bmsg.lnk.to/ShiningOne
AKB48 telah memuatnaik video latihan tarian untuk lagu terbaru mereka yang bertajuk "Ne mo Ha mo Rumor". Boleh lihat video di bawah! Video ini dirakam dengan kehadiran Kandabashi Jun, yang juga merupakan penasihat kelab tarian Sekolah Tinggi Mie, SERIOUS FLAVOR.
Lagu ini ialah untuk single ke 58 kumpulan itu yang akan diedarkan pada 19 September. |
PenulisBerkongsikan review video muzik Jepun ArkibKategori |