Idola 2D ialah suatu subgenre kepada idola virtual. Iaitu idola atau watak yang wujud dalam bentuk animasi 2 dimensi atau 2D.
Mereka merupakan watak dalam permainan video di platform Playstation Portable, Nintendo Switch dan telefon pintar Android. Contohnya seperti francais ‘Uta no Prince-sama’ dan ‘Idolish7’. Ada juga idola 2D yang muncul daripada drama CD. Mereka merakam kisah kehidupan harian beserta lagu dalam satu CD. Contohnya seperti kumpulan ‘B-Project’ dan ‘Tsukiuta’. Ada juga yang bermula terus sebagai idola anime seperti francais ‘Idolm@ster’ dan ‘Love Live!’. Pada hari ini, idola 2D semakin dikenali dan diterima oleh masyarakat. Hal ini terbukti apabila single oleh unit Aqours dari francais ‘Love Live!’ telah menduduki tempat teratas dalam carta Oricon. Selain itu, ada juga idola 2D yang diadaptasi ke medium pementasan drama. Contohnya seperti ‘Ensemble Stars’ dan ‘High School Star Musical’. Menariknya, pelakon yang melakonkan watak idola 2D dikenali sebagai idola 2.5D, iaitu idola 2 dimensi dalam bentuk ‘realiti’.
0 Comments
Kalau anda merupakan peminat drama, saya cadangkan untuk anda cuba menonton drama Jepun. Kenapa?
Jom tengok tiga sebab di bawah. 1. PENDEK Ya, drama Jepun sangat pendek jika dibandingkan dengan drama Korea atau drama Melayu. Drama Korea biasanya ada 20 episod, drama Melayu pula lebih kurang 28 episod untuk satu cerita. Manakala, drama Jepun pula ada 10 episod sahaja. Ye, 10 episod sahaja. Pendek, kan? Pendek sangat. Tak sampai satu hari pun dah boleh habis drama marathon. 2. PELBAGAI Ini pun satu lagi kelebihan drama Jepun. Tema yang pelbagai. Cakap je nak cerita apa, semuanya ada. Cerita tentang guru, tentang doktor, tentang perdana menteri, malah cerita pembuat roti pun ada! Menariknya setiap tema akan diceritakan secara terperinci, sehingga penonton boleh mempelajari ilmu baru menerusi drama. Contohnya, untuk drama tentang perubatan, ‘doktor’ akan menerangkan tentang sesuatu penyakit dengan cara yang mudah difahami untuk rujukan penonton. 3. BERFOKUS Setiap drama Jepun sangat berfokus pada satu-satu tema yang diketengahkan. Contohnya drama tentang guru, akan bercerita perihal guru sahaja. Yang seronoknya, kita boleh belajar macam-macam daripada cerita itu. Yang tak seronoknya pula, kadang-kadang tak ada langsung kisah romantik antara hero dan heroin drama. Ada kalanya, dah beberapa siri drama pun, hero dan heroin masih berkawan sahaja tanpa progress. Yang ini, penonton kena terima dan bersabarlah walaupun pastinya frust. Ketika dunia kekurangan hiburan ketika lockdown akibat pandemic COVID-19, dunia Vtubers menyaksikan masa yang paling berjaya oleh kerana platform Youtube yang menjadi tumpuan utama. Jadi apa itu Vtuber bagi mereka yang tertanya-tanya?
Vtubers adalah penghibur dalam talian yang menggunakan avatar maya yang dihasilkan menggunakan grafik komputer. Sebilangan besar VTuber adalah YouTuber berbahasa Jepun atau live streamer dengan menggunakan reka bentuk avatar yang diilhamkan dari desain anime. Mereka selalunya akan strim permainan online, nyanyian dan pelbagai lagi. Ramai Vtuber mendapat perhatian terutama dengan adanya agensi bakat Vtuber yang besar seperti Nijisanji dan Hololive di Jepun. Setiap Vtuber, di bawah agensi atau persendirian semuanya mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri. Namun hari ini, saya ingin memperkenalkan kepada semua orang Vtuber yang sangat berbakat dengan nama Astel Leda, yang merupakan Vtuber lelaki Jepun dari cawangan Hololive, iaitu Holostars. Dia juga merupakan anggota generasi kedua Holostars, juga dikenali sebagai “SunTempo” bersama Kishido Temma dan Yukoku Roberu. Keunikan dalam Holostars terletak pada citra mereka sebagai kumpulan idola dan juga basis peminat yang terdiri daripada sebilangan besar peminat antarabangsa. Astel Leda telah debut pada 7 Disember 2019 dan menggambarkan seorang budak lelaki dari luar angkasa berambut alunan biru dan putih. Strim permainan onlinenya merangkumi permainan seperti Apex Legends, Minecraft, Animal Crossing, dan banyak lagi permainan pelbagai genre. Astel memasuki Kejohanan VTuber Apex Legends Shibuya Hal bersama Kanade Izuru dan Kagami Kira, dengan nama kumpulan mereka, Chibistars, di mana mereka akhirnya menduduki tempat ke-5 daripada 20. Di samping itu, Astel menduduki tempat ke-4 daripada semua pemain di mana skornya seri dengan Vtubers terkenal, Sato Asahi dan Kanae. Ini membuktikan betapa mahirnya dia dalam APEX, yang merupakan permainan pertarungan battle royale first-person-shooter (FPS). Selain gaming, Astel juga merupakan seorang penyanyi yang sangat berbakat. Dia mampu bernadakan rendah seperti suara wanita (yang dikenali sebagai A-chan) hingga nada yang tinggi dan menonjolkan kelakiannya. Dia sangat meminati lagu-lagu Disney dan sering melakukan strim nyanyian lagu-lagu Disney yang tidak diarkibkan di mana dia menyanyi dengan nada yang berbeza seolah-olah ada tiga versi Astels. Dia juga sering berkolaborasi bersama anggota Holostars yang lain dengan menyanyikan lagu-lagu yang terkenal di Jepun. Astel juga mampu berbahasa Inggeris dengan baik seperti yang dilihat dalam banyak strimnya ketika dia berinteraksi dengan peminat antarabangsa. Bagi mereka yang belum mengetahui siapa itu Astel Leda, saya mengesyorkan chanel Youtubenya kepada yang meminati gaming dan juga lagu-lagu yang hebat. |
PENULISBerkongsikan artikel-artikel menarik mengenai industri hiburan Jepun. ARKIBKATERGORI
All
|